Connect with us

Oh! Media

“Akak Bukan 24 Jam Free Hair’ – Bekas Isteri Da’i Farhan Dah Tukar Imej?

Trending

“Akak Bukan 24 Jam Free Hair’ – Bekas Isteri Da’i Farhan Dah Tukar Imej?

Rasanya ramai yang sudah mengenali Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi dimana pernah satu masa namanya menjadi topik utama warganet kerana berjaya menambat hati bekas suami, Da’i Farhan.

ADVERTISEMENT

BACA: Bekas Isteri Sekat Nombor Telefon, Tidak Mahu Kait Dengan Da’i Farhan

Namun, hubungan rumah tangga mereka tidak berkekalan apabila pada tanggal 20 April 2020, wanita yang ke-19 ini membuat pengumuman rasmi di laman Instagramnya memberitahu mereka sudah bercerai.

Terbaru, Dr Erin ada memuat naik satu foto di Instagram yang membuatkan ramai pengikut terkejut melihatnya.

Kelihatan dirinya sudah tidak lagi bertudung apabila berada di Tawau, Sabah baru-baru ini.

Melalui laporan Lobak Merah, ramai netizen yang mempersoalkan tindakan wanita tersebut serta ingin mendapatkan kepastian darinya, jadi Dr Erin memberitahu dia tidak membuka tudung sepenuhnya.

Beliau turut menegaskan bahawa dirinya masih sama seperti dahulu dan juga tidak lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.

Biarpun ramai yang masih mengkritik tindakan wanita terbabit, Dr Erin menjelaskan bahawa orang lain tidak berada di tempatnya, jadi mereka tidak tahu apa yang dirinya diuji.

Walaupun ramai yang mengecam, namun masih ada juga sesetengah warganet memberikan kata-kata semangat buat Dr Erin agar kekal menjadi dirinya dan lakukan apa yang disukai olehnya.

Kredit: Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas