Connect with us

Oh! Media

Aina Abdul Perjelas Dakwaan Pecat Pengurus Peribadi

Aina Abdul

Oh! Artis

Aina Abdul Perjelas Dakwaan Pecat Pengurus Peribadi

Penyanyi Aina Abdul menangkis tuduhan yang kononnya ada berlaku perselisihan faham di antara pengurus sehingga terpaksa memecat pegurus peribadinya.

ADVERTISEMENT

Aina Abdul berkata, pengurus peribadinya sendiri yang mengambil tindakan untuk meletak jawatan sejak sebulan lalu adalah keputusan sendiri dan secara sukarela.

Perkara tersebut boleh dikatakan jadi terlalu pantas dan dan saya tidak menyingkirkan sesiapa pun. Sesiapa yang keluar dari hidup saya adalah keputusan diri sendiri dan mereka ada alasan tersendiri.

Apa yang terbaik adalah bertanyakan kepada pihak sana kerana dia mengundurkan diri secara sukarela.

Malah, penyanyi popular itu juga tidak mahu perkara yang berlaku ini menyebabkan kedua-dua pihak bermasam muka.

Kalau boleh saya mahukan hubungan yang apabila berjumpa di mana-mana majlis, masih boleh bercakap.

Aina juga tidak mahu berkongsi dan membuka mulut tentang isu ini kerana menganggap ia sebagai masalah dalaman yang berlaku antara dia dan bekas pengurusnya.

Apa pun yang terjadi antara kami biarlah saya sahaja yang tahu kerana tidak berani untuk bercakap lebih-lebih. Isu tersebut bagi saya sangat peribadi dan ada masalah dalaman yang berlaku antara kami.

Konflik ini timbul apabila mereka dilihat tidak lagi bersama dalam beberapa majlis. Bekas pengurusnya telah berkhidmat kepada penyanyi popular itu sejak tahun 2019.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas