Connect with us

Oh! Media

Aiman Tino Bakal Nikah Pada 27 April Ini Bersama Pilihan Hatinya

Fatini Thumbnail Om Article 713 × 401px 39

Oh! Artis

Aiman Tino Bakal Nikah Pada 27 April Ini Bersama Pilihan Hatinya

Penyanyi popular Aiman Tino, bakal mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Syarah Haifa pada 27 April, esok. Walaupun gugup menjelang hari pernikahan tetapi dia bersedia memikul tanggungjawab besar untuk membina keluarga sendiri.

Yusri Ishak, bapa kepada penyanyi itu berkata walaupun dia masih muda, Aiamn sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.

Biasalah, setiap bakal pengantin terutama lelaki akan berdepan pelbagai perasaan menjelang hari akad nikah. Jadi itu perkara biasa yang saya katakan pada Aiman.

Saya yakin dia sudah bersedia menggalas amanah sebagai suami, selain pada masa sama rancak mengatur persediaan untuk majlis pernikahan dan resepsi mereka.

Dalam pada itu, majlis akad nikah penyanyi Permata Cinta itu akan berlangsung di sebuah dewan acara di Segambut pada Khamis ini, pada jam 5 petang.

IKLAN

Menurut bapanya, majlis resepsi pula akan diadakan pada 6 Mei di Shah Alam, Selangor bersama 750 tetamu yang dijemput dari kedua-dua belah keluarga.

Bagi akad nikah, saya difahamkan jemputan hanya sekitar 100 ahli keluarga terdekat sahaja. Kami tak perlu buat apa-apa kerana semuanya diuruskan pihak berkaitan.

Sudah tentu jemputan dalam kalangan saudara serta kawan pengantin kita undang pada majlis persandingan nanti.

Paling penting minta semua mendoakan semoga kedua-dua majlis ini dilancarkan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas