Connect with us

Oh! Media

Agong Telah Perkenan Bagi Membenarkan Beberapa Aktiviti Dilaksanakan Semula Di Masjid & Surau

Trending

Agong Telah Perkenan Bagi Membenarkan Beberapa Aktiviti Dilaksanakan Semula Di Masjid & Surau

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini seperti yang dilaporkan di media telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membenarkan beberapa aktiviti bagi mengimarahkan masjid, surau dan surau Jumaat di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Wilayah-Wilayah Persekutuan.

ADVERTISEMENT

Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, antara aktiviti-aktiviti yang dibenarkan adalah termasuk tazkirah dan zikir munajat, kuliah Subuh, majlis akad nikah dan solat hajat.

Pihaknya juga ada menetapkan, bagi aktiviti tazkirah dan zikir munajat, ianya dibenarkan selepas solat Maghrib hingga masuk waktu Isyak setiap hari secara berselang-seli dengan mengehadkan bilangan jemaah kepada 50 peratus kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau, dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Selain itu, kuliah Subuh turut dibenarkan namun tidak melebihi 30 minit dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Manakala, majlis akad nikah pula dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi 30 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat utama masjid dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. – Katanya.

Bagi solat hajat, bacaan Yaasin, doa munajat dan tahlil juga telah dibenarkan bagi setiap malam Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.

Katanya lagi, Jawi juga turut membenarkan aktiviti solat hajat dilakukan selepas Maghrib pada setiap malam dan selepas solat Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter. 

Alhamdulillah, syukur satu berita yang gembira buat kita semua!

Kredit: Kosmo

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas