Connect with us

Oh! Media

ADUN Kantoi Positif Dadah Di Sebuah Restoran Ala-Ala Kelab Malam

Trending

ADUN Kantoi Positif Dadah Di Sebuah Restoran Ala-Ala Kelab Malam

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak didapati positif dadah selepas saringan air kencing dibuat dan kini telahpun ditahan pihak polis.

ADVERTISEMENT

BACA : Bekas ADUN Asahan Meninggal Dunia

Menurut laporan Berita Harian, dia telahpun ditahan kira-kira jam 9 malam tadi di sebuah restoran ala-ala kelab malam di Perai, Bukit Mertajam.

Kes ini masih lagi disiasat dan penahanan ADUN tersebuh telahpun disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah.

Polis mengadakan serbuan di premis itu dan melakukan ujian saringan air kencing terhadap 36 pelanggan termasuk ADUN berkenaan sebelum dia didapati positif.

Dia yang kini direman sehari bagi membantu siasatan dan akan dibebaskan sementara menunggu laporan patologi siap.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas