Connect with us

Oh! Media

“Adik Saya Buat Salah” – Kakak Safee Sali Bersuara, Nafi Fitria Elfina Punca Cerai Isteri Pertama

kakak safee sali

Trending

“Adik Saya Buat Salah” – Kakak Safee Sali Bersuara, Nafi Fitria Elfina Punca Cerai Isteri Pertama

Semalam, kecoh diperkatakan mengenai bekas isteri Safee Sali iaitu Fitria Elfina yang dikatakan menerima kifarah kerana pernah menyondol suami orang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Buat-Buat Lupa” – Rita Rudaini Ingatkan Bekas Isteri Safee Sali Apa Pernah Berlaku Dulu

Menurut netizen, isteri pertama Safee iaitu Sabrina Yusof turut diceraikan penyerang bola sepak kebangsaan itu semasa anak-anak masih kecil.

Terbaru, Mingguan Wanita mengeluarkan temuramah ekslusif bersama seorang wanita dipercayai kakak Safee menafikan adik iparnya iaitu Fitria (Sasha) sebagai punca penceraian dengan isteri terdahulu.

@mingguanwanita

Eksklusif: Kakak Safee Sali Tampil Bela Adik Ipar, “Dia Bukan Penyondol, Saya Kena Betulkan Apa Yang Salah…” Cerita penuh di https://www.mingguanwanita.my/kakak-safee-sali-tampil-bela-adik-ipar-dia-bukan-penyondol-saya-kena-betulkan-apa-yang-salah/

♬ original sound – MingguanWanita

Normalayati Mohd Salli berkata, dia perlu tampil membetulkan apa yang salah kerana masyarakat dilihat ‘bersorak’ di atas penceraian itu.

Sebagai ahli keluarga, dia melihat apa yang terjadi disebabkan sikap Safee sendiri.

Bukan nak buka aib keluarga. Tapi saya ingin tegaskan bahawa Sasha bukan penyondol atau penyebab kepada keruntuhan rumahtangga Safee yang lalu.

Berpaksikan kebenaran, kakak Safee menjelaskan insan yang digelar penyondol itulah yang selalu mengingatkan adiknya supaya menziarahi anak-anak di Sarawak.

safee sali

Malah, sepanjang Safee berjumpa anak, dia ikut sekali dan bersembang dengan bekas isteri pertama.

Siapa yang tak bertanggungjawab? Selama ini siapa jaga anak kau? Siapa hantar ambil anak kau sekolah? Kenapa dia keluar rumah? Sebab kerosakan kau sendiri, kau yang halau dia.

Last dia tak boleh sabar, bila tengok passport kau ke Thailand. Apa tujuan kau? Firasat seorang isteri sentiasa benar tapi tak ada bukti.

Selama ini, dia selalu menasihati Fitria supaya bersabar dengan sikap Safee kerana suatu hari nanti Allah SWT akan menunjukkan kebenaran.

Bukan saya membela sesiapa, saya nak betulkan kesilapan adik saya yang ada buat salah pada anak orang. Adik beradik saya kata biar itu hak dia. Iya memang dia ada hak untuk kahwin tapi cara itu salah. Kita kena jawab dengan Allah SWT.

Katanya lagi, adiknya bersalah kerana tidak berperanan sebagai lelaki dan suami dalam rumah tangga. Adiknya dikatakan keluar dari rumah tanpa beritahu isteri dan tidak menghiraukan keluarga.

Jelasnya, tidak mustahil Fitria terasa hati apabila mendapat tahu suami ke Thailand dan kahwin secara senyap-senyap.

Nota tulisan tangan anak Fitria Elfina yang dijumpai di dalam kereta sewaktu Safee meninggalkan kereta lama di hadapan rumah mereka. Kredit: Mingguan Wanita

Kredit: Mingguan Wanita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas