Connect with us

Oh! Media

“Ada Yang Kumpul Duit Seumur Hidup” – 400 Jemaah Haji Visa Furada Terkandas Di KLIA

Trending

“Ada Yang Kumpul Duit Seumur Hidup” – 400 Jemaah Haji Visa Furada Terkandas Di KLIA

Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai hampir 400 jemaah bakal haji yang menggunakan visa furada terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa ditipu agensi pelancongan swasta.

ADVERTISEMENT

BACA: Demi Ibadah Haji, Lelaki Berjalan Sejauh 4,000 Batu Ke Mekah Undang Sebak Netizen

Memetik laporan Astro Awani, salah seorang jemaah dari Kelantan, Marina Abu Zahar menjelaskan mereka menunggu daripada jam 12 tengah hari selepas mendengar taklimat terakhir malam semalam. Mereka dikatakan akan terbang pada jam 4.25 petang Khamis.

Beberapa jam menunggu, mereka diberitahu flight delayed kepada 7 malam. Mereka hanya diminta bersabar ketika bertanya sehingga keadaan menjadi tegang.

Beliau yang sudah tinggal selama empat ke lima hari di sekitar KLIA mengakui duit dah banyak habis untuk penginapan di hotel.

Lebih kesian lagi, ada jemaah dah sampai Kuala Lumpur sejak 28 Jun dan hingga ke hari ini penerbangan ditangguhkan.

Ini pertama kali untuk mengerjakan haji, saya teruja, tapi bila benda itu dah terjadi kami reda… cuma cara yang berlaku itu kami kesal.

Pergerakan kami diperkotak-katikkan, masa kami dipermainkan, dalam kalangan kami bukan semua yang senang, visa furada haji perlu duit yang banyak, tapi saya rasa ada yang kumpul duit seumur hidup.

Tambahnya lagi, dia reda jika nama belum terpilih dan dipanggil Allah SWT untuk mengerjakan haji tetapi janganlah buat begini terutama kepada orang kampung yang susah.

Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolong lah sedar… jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.

Difahamkan, pasportnya dan jemaah lain masih lagi dipegang oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

Ada di antara jemaah telah membuat laporan polis dan beransur pulang ke kediaman masing-masing.

Terdahulu, berlaku kekecohan di Balai Pelepasan KLIA melibatkan bakal jemaah haji visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas