Trending
Ada Pula Dakwaan Rosmah Mansor Dah Bercerai Dengan Najib Razak, Ini Jawapan Tuan Badan!
Datin Seri Rosmah Mansor tampil menafikan dakwaan yang tersebar di sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama dan gambarnya.
Menurut laporan Astro Awani, akaun Facebook itu memaparkan maklumat kononnya beliau ialah bekas isteri Najib Razak.
Rosmah difitnah sudah bercerai

Rosmah menegaskan bahawa dirinya masih merupakan isteri sah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut menjelaskan bahawa akaun Facebook palsu berkenaan bukanlah miliknya dan dakwaan kononnya beliau sudah berpisah dengan Najib adalah tidak benar.
Sila ambil perhatian bahawa akaun Facebook ‘Rosmah Binti Mansor’ ini bukanlah akaun tulen saya. Saya adalah dan masih isteri kepada Datuk Seri Najib Razak. Jangan buat fitnah.
Akaun palsu Rosmah

Rosmah turut memuat naik tangkap layar akaun palsu tersebut sebagai amaran kepada pengguna media sosial lain.
Beliau memaklumkan bahawa dirinya hanya mempunyai satu akaun rasmi Facebook dan TikTok.
Kenyataan ini dibuat bagi menepis fitnah yang boleh mencemarkan reputasi serta hubungan beliau bersama Najib yang kini berdepan dengan pelbagai isu di mahkamah.
#OhmediaNasihat
Penipuan dan penyebaran maklumat palsu di media sosial sudah semakin berleluasa. Sebelum kita percaya sesuatu berita, pastikan menyemak kesahihan sumbernya terlebih dahulu.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Astro Awani
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM