Connect with us

Oh! Media

“Ada Orang Beli Ke?”, Tular Kanak-Kanak Dijual Secara Online Untuk Puaskan Nafsu

Trending

“Ada Orang Beli Ke?”, Tular Kanak-Kanak Dijual Secara Online Untuk Puaskan Nafsu

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu iklan di platform e-dagang yang didakwa netizen sebagai tidak masuk akal kerana telah menjual seorang kanak-kanak sebagai ‘bahan’ pemuas nafsu.

ADVERTISEMENT

Dalam hantaran itu, individu itu telah memuat naik satu tangkap layar memaparkan seorang kanak-kanak lelaki telah dijual dengan harga RM6,942 dan mereka yang berminat juga boleh membuat pembayaran ansuran berjumlah RM385.67 stiap bulan.

Manakala di bahagian maklumat lanjut, kanak-kanak itu dijual sebagai bahan untuk onani selain harganya yang boleh dirunding.

Bukan sahaja kanak-kanak lelaki itu, malah seorang bayi juga turut dimuat naik dalam iklan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai respon yang kebanyakannya tidak bersetuju dan terganggu dengan iklan berkenaan.

Selain itu, ada juga yang beranggapan bahawa iklan itu hanyalah sekadar gurauan ataupun sesuatu yang benar dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab demi kepuasan nafsu semata-mata.

Manakala akaun Twitter rasmi platform e-dagang itu telah tampil memberi maklum balas dan memberi jaminan bahawa pihak mereka ambil maklum mengenai kewujudan iklan tersebut.

Setelah beberapa lama, hantaran asal iklan tersebut telah didapati dipadam dan disekat oleh pihak berkaitan.

Kredit: Twitter @softcrocodile

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas