Connect with us

Oh! Media

Abdur Rahman Tunduk Menangis Baca Pesanan Arwah Ibu Di Al-Quran Milik Arwah Adik

abdur rahman kemalangan

Trending

Abdur Rahman Tunduk Menangis Baca Pesanan Arwah Ibu Di Al-Quran Milik Arwah Adik

Perasaan pilu dan sedih dirasai rakyat Malaysia apabila satu keluarga terbunuh dalam nahas kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu.

ADVERTISEMENT

Lebih memilukan apabila melihat anak sulung keluarga itu, Abdur Rahman Amir Ruddin menangis teresak-esak ketika mengimamkan solat jenazah kedua ibu bapa dan empat adiknya.

BACA: Sekelip Mata Jadi Anak Yatim Piatu, Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

Terbaru, Abdur Rahman tak dapat menahan sebak sebaik menerima naskah al-Quran milik arwah adik perempuannya yang diserahkan oleh Ustaz Nawfal.

Di muka depan al-Quran tertulis nota tulisan tangan arwah ibunya (Norahimah Noor Muhamad) memberikan ucapan hari lahir buat arwah adiknya (Fatimatulzahrah) yang ke-16 tahun.

abdur rahman

Tahniah kakak. 16 tahun sudah kakak bernafas dalam dunia ini. Ilmu itu cahaya, tanpa cahaya pasti gelap dunia. Timbalah ilmu walau di mana berada, susah senang itu adat dunia. Berikhtiar dan berdoa itu senjata kita. Jadi anak yang solehah insyaAllah.

Abdur Rahman hanya mampu tertunduk dan menangis sepuas hati sambil ditenangkan rombongan pelawat pada hari itu.

@mekjaa82 Ya Allah sedih sangat lihat kerinduan yang ada pada diri adik rahman,bukan dia tak boleh nak terima permergian ahli keluarganya tapi kerinduan tu wujud bila tidak ada didepan mata lagi wajah2 kesayangan abdul rahman😭😭😭 #kemalangansegamat #6ahlikeluargameninggal #rinduadikrahman #subhanallah #Allahuakhbar #semogajiwaadikrahmankembalipulih #alfatihah ♬ bunyi asal – mekjaa82

Menerusi perkongsian Hanif Jamaluddin di Facebook, beliau memaklumkan adik Abdur Rahman yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kini dalam keadaan baik dan semakin sihat.

Sama-sama kita doakan semoga Abdur Rahman tabah menghadapi dugaan berat ini.

Kredit: Facebook Hanif Jamaluddin | TikTok @mekjaa82

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas