Pemeriksaan kesihatan bagi ibu hamil, ibu yang sedang berpantang dan bayi kecil sememangnya lazim di klinik kesihatan. Mereka mempunyai tarikh-tarikh dan masa tertentu untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan.
BACA: Konon Tak Dapat Guna MyUbat, Pesakit ‘Ajar’ Ahli Farmasi, Terus Report KKM
Ada yang keluar awal pagi menepati masa seperti yang telah ditetapkan. Namun, lain pula cerita bagi individu ini apabila dia mendakwa terpaksa menunggu selama 30 minit di klinik kesihatan.
Temujanji KK jam 8 pagi
Menerusi satu hantaran di Twitter, individu ini berkata telah mendaftar seawal jam 7.55 pagi untuk temujanjinya yang ditetapkan pada pukul 8 pagi.
Dakwanya, jururawat sampai pada jam 8.10 pagi dan keluar semula pada jam 8.16 pagi. Jururawat dikatakan kembali ke klinik pada 8.30 pagi sambil membawa beg plastik berisi makanan.
30 minit menunggu
Bersama hantaran itu, individu ini turut menyertakan gambar dan ‘tag’ laman rasmi KKM mengadu mengenai masalah yang dihadapinya.
Di ruangan komen, netizen menasihati individu ini supaya membuat aduan rasmi untuk tindakan selanjutnya daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.