Connect with us

Oh! Media

6 Bulan Masih Tiada Jawapan, Rafizi Ramli Cadang Kes Serangan Anak Ditutup

Ohmedia kes Anak Rafizi

Trending

6 Bulan Masih Tiada Jawapan, Rafizi Ramli Cadang Kes Serangan Anak Ditutup

Rafizi kecewa siasatan kes anak diserang tiada kemajuan, cadang siasatan ditutup.

Lebih enam bulan berlalu, namun siasatan kes serangan ke atas anak dan ugutan terhadap isteri Datuk Seri Rafizi Ramli masih kabur dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

BACA: Polis Jumpa Petunjuk CCTV Kes Anak Rafizi Ramli

Dalam satu perkongsian terbaru, bekas Timbalan Presiden PKR itu meluahkan rasa kecewa kerana seolah-olah siasatan kes tersebut hanya digantung senyap tanpa hala tuju jelas.

IKLAN

Pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, tapi masih tiada jawapan

Menurut Rafizi, beliau tidak pernah menghebohkan hal ini secara terbuka kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang juga kenalan rapat keluarganya sejak 1998.

Namun, beliau tidak terima sebarang maklumat rasmi sebaliknya beliau hanya membaca kemas kini melalui laporan media seperti rakyat biasa yang lain.

Pertemuan antara mereka berlangsung pada 1 Disember 2025, namun segala maklumat siasatan yang dikongsi secara tertutup tidak boleh diumumkan atas alasan siasatan masih berjalan.

“Kalau dah lebih 6 bulan tapi tak ke mana” – Rafizi mahu tutup siasatan

Rafizi Ramli

Rafizi turut menyatakan bahawa jika perkara ini terus dibiarkan tergantung, beliau sendiri akan menulis surat kepada Perdana Menteri dan pihak berkuasa untuk menghentikan siasatan secara rasmi.

Beliau tidak mahu anggota polis di bawah sekadar menjadi mangsa arahan yang sia-sia.

Pssttt! Dalam apa jua situasi, siasatan yang melibatkan keselamatan awam perlu diurus dengan telus dan pantas, agar mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan dapat dikekalkan. Harapnya ada titik noktah yang adil untuk semua pihak.

Kredit: Facebook Rafizi Ramli
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas