Connect with us
4 negeri

Trending

4 Negeri Diramal Banjir Mulai Esok, Penduduk Diminta ‘Peka’ Dan Waspada!

Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah membuatkan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) meramalkan kejadian banjir di 4 negeri, iaitu Kelantan, Teregganu, Pahang dan Johor.

BACA: Ini Kawasan Yang Dijangka Banjir Pada Khamis Atau Jumaat Ini Di Kelantan Dan Terengganu Mengikut JPS

IKLAN

Menurut Kosmo, JPS menjangkakan bencana banjir akan bermula di Kelantan pada hari Jumaat, 31 Disember jam 8 malam di beberapa kawasan.

Penduduk di kawasan yang terlibat perlu berwaspada

4 negeri

Antara kawasan yang dijangka banjir di Kelantan adalah di Lembangan Sungai Kelantan yang melibatkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang. Di Lembangan Sungai Golok pula melibatkan Tanah Merah, di Jenob dan Pasir Mas di Rantau Panjang.

Turut dijangka bermula pada tarikh yang sama di Terengganu melibatkan Lembangan Sungai Besut dan Sungai Terengganu.

Di Pahang, kejadian itu dijangka bermula pada 1 Januari depan melibatkan daerah Maran, Temerloh, Jerantut, Kuantan dan Rompin manakala di Johor membabitkan kawasan sekitar di Mersing.

Semua penduduk di kawasan 4 negeri yang terlibat dinasihati untuk bersiap sedia dan melakukan langkah berjaga-jaga serta peka dengan arahan yang bakal dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Jangan ambil lewa akan amaran banjir ini kerana bimbang tragedi banjir besar yang berlaku di Selangor baru-baru ini berulang kembali.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas