Connect with us

Oh! Media

4 Anggota Polis Tumbuk Seorang Pemuda & Bawa Lari Wang Tunai Lebih RM600?

Trending

4 Anggota Polis Tumbuk Seorang Pemuda & Bawa Lari Wang Tunai Lebih RM600?

Baru-baru ini, seorang pekerja kilang mendakwa yang dirinya ditumbuk oleh empat orang lelaki yang dipercayai anggota polis, siap larikan RM600 lagi! 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di lampu isyarat Jalan Machang-Tanah Merah dimana mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja pada pukul 8.15 malam tersebut.

Sebaik menyerahkan kad pengenalan, saya di minta untuk memberikan beg galas yang dibawa bersama. Selepas dompet dan beg galasnya diambil, salah seorang daripada mereka bertanya dan mendakwa dia mengambil barangan terlarang, namun dia menafikan perkara itu dan secara tiba-tiba perutnya ditumbuk.

Pada masa itu, mangsa dikatakan terpinga-pinga sebelum mereka mengambil wang RM630 daripada dompet mangsa.

Saya cuba merayu supaya mereka mengembalikan semula wang itu kerana wang berkenaan untuk membayar ansurans bulanan motorsikal, cukai jalan, serta melunaskan sewa rumah.

Bagaimanapun selepas merayu, mereka hanya memberikan RM30 kepada saya sebelum beredar menghala ke Kota Bharu.

Mangsa berkata bahawa dirinya tidak pernah mengambil barang terlarang seperti yang didakwa anggota polis berkenaan. Kemudian, mangsa terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang pada esok harinya.

Polis sudah menjalankan siasatan dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Tindakan akan diambil bagi melengkapkan siasatan termasuk merakamkan percakapan serta membuat kawad cam bagi mengenal pasti suspek yang terbabit selain tindakan lain yang perlu.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas