Trending

32,000 Pekerja Asing Dibenarkan Masuk Malaysia?

Published on

Isu mengenai pekerja asing ini sudah tidak asing lagi di Malaysia. Ada yang berpendapat untuk kerajaan mengurangkan kemasukan mereka ke negara kita, dan ada yang mahu sebaliknya.

BACA: Pekerja Asing Lari Bertempiaran, Panjat Pagar Zink Elak Dicekup

Menerusi laman Sinar Harian, kerajaan telah bersetuju untuk menerima kemasukan seramai 32,000 pekerja asing secara pengecualian khas bagi memenuhi keperluan tenaga kerja lebih-lebih lagi dalam sektor perladangan.

Mencapai keseimbangan ekonomi dan kesihatan

Menurut Datuk Seri Hamzah Zainuddin, persetujuan ini telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Persetujuan membabitkan semua sektor yang dibenarkan dengan sektor perladangan menjadi sektor pertama yang dibenarkan untuk menerima kemasukan pekerja asing baharu.

SOP yang sama akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan mengikut kes oleh Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing.


Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan masih lagi meneliti jumlah pekerja yang diluluskan bagi setiap sektor yang dibenarkan. Analisis terperinci sedang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kerajaan mempunyai hala tuju strategik dalam mencapai keseimbangan ekonomi dan kesihatan ketika negara masih melawan virus Covid-19.

Semoga kemasukan mereka ke negara kita tidak menjejaskan hak rakyat Malaysia yang sepatutnya dan memudahkan urusan ekonomi Malaysia.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version