Trending
25 Usul Undi Tak Percaya PM & 2 Percaya PM Setakat Ini
Sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel Agong Sultan Abdullah sekali lagi bertitah mengingatkan orang politik untuk hentikan perbahalan dan memintah Ahli Dewan beri sokongan padu kepada Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan kerana ia penting untuk kebajikan rakyat dalam menghadapi wabak Covid-19.
Terbaru, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil telah memaklumkan terdapat dua usul unit percaya dan menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala 25 Ahli Parlimen pembangkang yang lain pula menyatakan usul tidak percaya.
Seramai 25 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul menentang Perdana Menteri berdasarkan draf Aturan Urusan Mesyuarat pada sidang Parlimen, 2 November ini. Parlimen akan menghantar salinan semua pertanyaan dan usul yang kami hantar (kepada ahli Parlimen). – Katanya.
Berdasarkan laporan Malaysiakini, dua usul percaya itu datang dari Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Setakat ini, baru 27 Ahli Parlimen telah memberikan jawapan mereka dan ia dikemukakan kepada Dewan Rakyat.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM