Connect with us

Oh! Media

215 Peniaga Jalanan Telah Disaman Polis Di Seluruh Negara

Ohmedia penjaja

Trending

215 Peniaga Jalanan Telah Disaman Polis Di Seluruh Negara

Rasanya kita sendiri boleh lihat yang masih ada peniaga yang berani langgar arahan untuk tidak menjaja di kawasan lampu isyarat. Walaupun tindakan telah diambil pihak berkuasa, situasi ini nampaknya masih akan terus berlaku.

Berdasarkan laporan PDRM, sebanyak 215 saman dan 137 tindakan anvokasi telah diambil ke atas mereka di seluruh negara. Perkara itu disahkan Timbalan Pengarah I, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bukit Amat, Datuk Mohd Nadzri Hussain menerusi Ops Khas Penjaja Jalanan.

Whatsapp image 2021 03 21 at 15501 pm 750x519 1

Lokasi yang sering berlakunya aktiviti ini adalah di persimpangan lampu insyarat jalan dengan penjaja menjual makanan jeruk mangga dan lain-lain makanan serta minuman.

Aktiviti seperti ini sekiranya tidak dikawal boleh mendatangkan risiko bahaya dan kemalangan kepada penjaja itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Satu kesalahan di bawah Kaedah 10A (1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59)

Individu yang terlibat dengan perniagaan seperti ini boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara enam bulan jika disabit kesalahan.

IKLAN

Disebabkan itu, Mohd Nadzri berharap agar peniaga hentikan aktiviti menjaja di kawasan berbahaya. Kita juga faham yang mereka hanya ingin mencari rezeki halal tetapi perlu ikut peraturan yang sepatutunya. Lagi-lagi bila ia melibatkan nyawa dan boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas