Connect with us

Oh! Media

Janda Rimas Diganggu Guru Besar Bersongkok, Siap Suruh Masuk Office Ajak Kahwin

ohmedia photo 6269517745594940948 y

Trending

Janda Rimas Diganggu Guru Besar Bersongkok, Siap Suruh Masuk Office Ajak Kahwin

Seorang wanita memegang status janda berkongsi satu kisah diganggu oleh seorang lelaki yang merupakan Guru Besar di tempat anak-anaknya bersekolah.

Selepas bercerai, wanita itu telah berpindah ke tempat baharu dan perlu mendaftar anak-anaknya ke sekolah berdekatan, seterusnya perlu sertai group whatsapp sekolah.

Join grup WhatsApp sekolah yang ada kesemua ibu bapa dan cikgu. Cikgu besar (CB) suka PM tepi (mesej secara peribadi) forward poster-poster agama.

Tapi timing out, hantar pukul 10 malam mesti pasal AI Mulk dan jam 5 pagi pasal Tahajud. Hampir setiap hari, saya jadi annoyed, saya block.

Selain itu, wanita ini turut berkongsi kejadian semasa hadir ke sekolah untuk mengemas kini rekod anak-anak dan perlu berjumpa Guru Besar.

IKLAN

Saya nak serah sijil cerai untuk kemas kini rekod sekolah anak-anak kat kaunter pejabat sekolah. Kerani suruh saya jumpa CB dalam ofis dia.

CB cakap lepas ni boleh kahwin dengan dia. Saya tak respons, anggap dia bergurau, tapi saya tak boleh terima gurauan bodoh macam tu.

Jijik! Saya terus cakap rushing nak pergi kerja.

Perbuatan wanita itu yang tidak melayan Guru Besar itu ternyata menjadi masalah apabila lelaki tu cuba menimbulkan isu melibatkan anak-anaknya.

Sekarang nampak macam CB cuba cari pasal melalui anak-anak saya. Tak bagi anak saya tunggu adik dia kat sekolah sementara jam 5 petang.

Anak saya, si abang tiada kelas agama di sebelah petang sebab dah darjah enam.
Adik dia ada kelas agama. Dia paksa anak saya balik, katanya ada peraturan baharu.

Sedangkan saya tak boleh nak pergi ambil anak saya awal sebab kerja. Biasa dia balik sekali dengan adik jam 5 petang. Sekarang kena transit pula.

Wanita itu boleh bersemuka dengan lelaki tersebut namun lebih memilih untuk tidak membesarkan cerita.

CB tu berperwatakan alim, bersongkok setiap masa, jadi imam tapi gatal!

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada mana-mana guru di luar sana. Jangan sesekali cuba mengambil kesempatan dan membuat perkara yang boleh memakan diri nanti.

Kredit: mStar

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas