Connect with us

Oh! Media

17 Mangsa, 8 Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Treler

8 kanak-kanak

Trending

17 Mangsa, 8 Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Treler

Kejadian kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, malam tadi, 10 individu termasuk 8 kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ayah Tercampak Keluar..” – Anak Kongsi Detik Cemas, Ibu Bapa Maut Dalam Nahas Jalan Raya

Menerusi laporan Kosmo, mangsa maut melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita, dan selebihnya merupakan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Nahas membabitkan 17 mangsa

8 kanak-kanak
10 individu maut di lokasi. (Foto: Kosmo)

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, kejadian tersebut melibatkan sebuah treler, dua buah Proton Wira dan sebuah Perodua Axia.

Kita menerima panggilan pada pukul 11.42 malam dan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi.

Setibanya di tempat kejadian didapati nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.

Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala 8 kanak-kanak lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Sebuah peralatan khas dan kren telah digunakan untuk mengeluarkan mangsa dan mengangkat tren yang terlibat. 10 mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sayu hati ini melihat mayat yang tersusun di tepi jalan itu. Semoga keluarga mangsa cekal hati menerima khabar pemergian mereka ini. Al-Fatihah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas