Connect with us

Oh! Media

147 Pegawai Dan Anggota PDRM Dibuang Kerja Tahun Lalu, Dadah Jadi Kesalahan Utama

Ohmedia pdrm

Trending

147 Pegawai Dan Anggota PDRM Dibuang Kerja Tahun Lalu, Dadah Jadi Kesalahan Utama

Tahun lalu, sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja, menunjukkan peningkatan berbanding 139 kes pada tahun 2023.

Memetik laporan Kosmo!, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad mengesahkan kesalahan narkotik mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu melibatkan 64 individu atas kesalahan seperti memiliki, mengedar dan positif dadah.

64 dibuang kes dadah, 56 kes integriti, 24 kes jenayah dan tiga rasuah

Bukit Aman
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard JIPS Bukit Aman Datuk Azri Ahmad Foto BERNAMA

Tambahnya, selain dadah, 56 anggota dipecat kerana masalah integriti, 24 atas kes jenayah dan tiga kerana rasuah.

IKLAN

Dalam kesalahan syariah, dua pegawai dikenakan tindakan turun pangkat kerana hubungan intim dan poligami tanpa kebenaran.

Tindakan disiplin dan tangkapan JIPS

Pdrm

Sementara itu, setakat November 2024 sebanyak 1,957 Kertas Siasatan Tatatertib (KST) dan 1,373 Kertas Enkuiri Tatatertib (KET) telah dibuka melibatkan lebih 1,212 tindakan tatatertib.

Pemeriksaan pematuhan pula mencapai 551,863 kes dengan 5,150 kelemahan petugas dikenal pasti.

Cawangan Risikan dan Operasi JIPS turut melakukan 111 tangkapan melibatkan pegawai polis atas pelbagai kesalahan seperti dadah, perjudian, pemerasan, hubungan intim, pelacuran, dan kegiatan di pusat hiburan.

#OhmediaNasihat

Integriti merupakan asas penting dalam setiap kerjaya, lebih-lebih lagi dalam pasukan penguatkuasaan undang-undang. Kepercayaan rakyat bergantung kepada ketelusan dan profesionalisme anggota PDRM. Langkah disiplin yang tegas adalah satu keperluan untuk memastikan integriti pasukan terjaga.

Ohmedia pdrm

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas