
Trending
13 Remaja Didapati Bersalah Bunuh Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Nasib Diketahui 28 Ogos
Bunuh pelajar KV Lahad Datu, hukuman 13 tertuduh diketahui 28 Ogos.
Terkini! Mahkamah Tinggi Tawau mendapati kesemua 13 tertuduh dalam kes kematian pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan pada Mac tahun lalu bersalah.
Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol yang mengesahkan kesemua tertuduh bersalah mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Keputusan hukuman pada 28 Ogos

Kini, semua mata tertumpu kepada keputusan pada 28 Ogos nanti yang bakal menentukan sama ada 13 remaja ini akan berdepan hukuman paling berat dalam undang-undang atau sebaliknya.
Menurut hakim, mahkamah berpuas hati bahawa 13 tertuduh bertindak secara bersama dengan niat bersama hingga menyebabkan kematian mangsa.
Penilaian itu dibuat berdasarkan keseluruhan bukti dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mahkamah juga mendapati pembelaan tertuduh sama ada berupa penafian total, alibi, pengakuan separa atau menuding kepada pelajar lain adalah bercanggah dengan bukti saksi bebas.
Isunya bukan sama ada tertuduh berniat untuk membunuh, sebaliknya sama ada kecederaan yang disengajakan itu sudah memadai dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian. Bukti perubatan jelas menunjukkan ia memang membawa maut.
Mahkamah juga menolak alasan provokasi menyebabkan reaksi spontan tertuduh, tetapi ianya adalah serangan berlarutan dan berulang kali.
Selain itu, mahkamah tidak menerima hujah menyatakan mangsa mungkin terselamat sekiranya menerima rawatan segera, kerana keterangan pakar hanya menyebut ia satu kemungkinan, bukan kepastian.
Menurut pertuduhan, 13 remaja terbabit bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama kolej berkenaan antara jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.
Pada 15 April lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil 18 saksi dalam perbicaraan peringkat bela diri dengan kesemua tertuduh memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pssttt! Tragedi ini cukup menyentuh hati apabila melibatkan remaja seusia sekolah yang sepatutnya menimba ilmu, bukan terjebak dalam jenayah. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
