Trending
13 Kanak-Kanak Rumah Amal GISB Memiliki Rekod Pernah Diliwat
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan sembilan orang kanak-kenal dikenal pasti diliwat selepas pihak polis melakukan siasatan fasa kedua, manakala bakinya pada fasa sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak rumah amal GISBH yang diliwat setakat ini adalah 13 orang.

Pada serbuan bertarikh 2 September lalu, kita terima laporan di Negeri Sembilan dan Selangor terdapat empat mangsa yang diliwat.
Siasatan lanjut fasa kedua dalam serbuan pada 11 September lalu pula mendapati sembilan lagi mangsa telah dikenal pasti. Jadi siasatan dibuat di bawah satu kertas siasatan yang sama.
Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dalam satu kertas siasatan.

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM