Connect with us

Oh! Media

10 Pelanggan Minta ‘Deposit’ Selepas Pereka Fesyen Buat Hijrah Kecil, Kurangkan Reka Baju Seksi

Trending

10 Pelanggan Minta ‘Deposit’ Selepas Pereka Fesyen Buat Hijrah Kecil, Kurangkan Reka Baju Seksi

Pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi, baru-baru ini berkongsi mengenai hijrah kecil yang dibuatnya selepas mendengar penjelasan daripada Ustazah Asma’ berkenaan hukum mereka baju seksi dan tidak menutup aurat.

ADVERTISEMENT

BACA: Jaafar Onn Tegur Pereka Fesyen, Selebriti Bertudung Pakai Kain ‘Warna Kulit’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Rico berkata dia sudah tak mengambil tempahan untuk baju yang tidak ada full lining.

Perubahan ini dilakukan secara perlahan dan tidak bermakna diskriminasi kepada pelanggan yang tidak berhijab.

Menerusi hantaran terbaru, pereka fesyen ini mengakui menerima ‘tamparan hebat’ apabila ramai pelanggan yang menempah baju telah membatalkan tempahan dan meminta duit deposit baju  yang dianggarkan antara RM3,500-RM5,000 sehelai.

Ujar Rico, dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi namun yakin rezeki perniagaannya bukanlah bergantung kepada manusia tetapi Allah S.W.T.

Tambah pemuda itu , dia hanya ingin mendapatkan keberkatan dalam segala urusan mencari makan dan cuba untuk istiqamah dalam melakukan penghijrahan ini.

Dalam pada itu, Rico juga mengharapkan doa dan sokongan orang ramai serta memohon mereka yang ingin membuat baju pengantin yang tidak seksi agar menghubunginya untuk sebarang tempahan.

Kredit: Rico Rinaldi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas