Connect with us

Oh! Media

Oh! Travel

Tak Sangka Malaysia Dalam Senarai ‘Top 5’ Negara Mesra Poket Di Dunia

Rasanya ramai yang dah tahu negara kita, Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Keunikan itu juga turut menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik.

Bukan setakat kepelbagaian budaya dan tradisi, Malaysia juga telah diiktiraf sebagai negara yang mesra poket. Biar betul?

IKLAN

Menerusi satu statistik di X, World Of Statistics menyenaraikan Malaysia di tempat ke-5 sebagai salah sebuah negara yang mampu milik.

Malaysia syurga untuk kaki makan!

Dekat Malaysia ni kalau dengan duit yang sikit pun, kita boleh makan makanan yang sedap di gerai-gerai tepi jalan seperti nasi lemak, roti canai, dan sebagainya.

Bukan tu jer, pengangkutan awam pun murah dan senang untuk kita akses seperti menaiki MRT, LRT, atau pun bas.

Dari pedalaman sampai ke bandar, semuanya menarik!

Ada banyak sangat tempat menarik dekat Malaysia ni yang tak perlukan belanja yang besar. Teringin nak bercuti tepi pantai? Boleh pergi Pulau Perhentian atau Pulau Tioman.

Kalau nak jalan-jalan tengok bangunan bersejarah, boleh pergi Melaka dan Georgetown. Teringin nak rasa ‘winter’ pula boleh pergi Genting Highlands atau Cameron Highlands.

Pergh! Memang banyak tempat-tempat menarik dekat Malaysia ni yang kita sendiri pun tak pernah pergi.

Pendek kata, Malaysia sememangnya destinasi yang menawarkan keseimbangan antara pengalaman yang luar biasa dan kos perbelanjaan yang rendah.

Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Jadi, tak peliklah kalau Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara paling mesra poket di dunia.

#OhmediaNasihat

Kadangkala, kita terlalu sibuk mencari pengalaman di luar negara hingga terlupa keindahan yang ada di tanah air sendiri. Jom hargai keunikan dan keistimewaan Malaysia, sambil menyokong pelancongan tempatan. Selamat bercuti!

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: X


Lagi dalam kategori Oh! Travel

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas