Connect with us

Oh! Media

halal

Oh! Travel

Susah Ke Nak Cari Restoran Halal Dekat Jepun? Ini 5 Restoran Mesra Muslim Yang Berbaloi Dan Sedap

Kembali lagi dalam Oh! Travel di Oh! Media, kali ini kami nak kongsi pula 5 tempat makanan halal yang korang boleh pergi bila bercuti ke Jepun. Sebelum ni, untuk destinasi Oh! Travel Jepun kami dah kongsikan 5 tempat menarik dunia anime One Piece yang boleh dilawati. Tekan jer link bawah ni…

BACA: Baru Daftar Ahli Nakama One Piece? Ini 5 Destinasi Anime Yang Korang Kena Lawati Di Jepun

IKLAN

Topik tentang cari tempat makan halal bila bercuti luar negara ni memang jadi perkara paling penting buat traveller muslim. Tetapi, tak susahpun sebenarnya nak cari restoran yang halal dan sedap kalau kita buat persediaan awal-awal. Jadi, jomlah kita tengok apa yang ada dan sedap untuk dimakan dekat Jepun…

Tsuki no Odori, Osaka

Lokasi: 2 Chome-26-13 Kujominami, Nishi Ward, Osaka, 550-0025, Japan

Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 pagi hingga 2.30 petang, 5.30 petang hingga 10.30 malam

No telefon: +81 6-4393-0088

Macam sate pun ada bila tengok menu dekat sini. Aha, inilah dia restoran Tsuki no Odori yang menyajikan hidangan sate ayam halal. Dari mula persediaan, bahan sehinggalah ia dihidang kepada pelanggan, sudahpun mengikut standard halal yang ditetapkan.

Antara menu yang korang boleh cuba adalah hot pot misonya dan untuk pencuci mulut boleh ambil karamel masin.

Asakusa Sushi Ken, Tokyo

Lokasi: 2 Chome-11-4, Asakusa, Taito-ku, Tokyo 111-0032, Japan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12 tengah hari hingga 3 petang, 5 petang hingga 10.30 malam

No telefon: +81 3-5246-6547

Ini baru betul sushi! Dekat Jepun memang banyak sangat kedai sushi tapi tak semuanya halal ok. Apapun, Asakusa Sushi Ken adalah antara restoran yang mesra muslim.

Fakta menarik! Restoran ini juga adalah yang pertama di Tokyo mendapat sijil Halal tau. Jadi, tak perlu rasa ragu-ragu kerana semua bahan yang digunakan mereka terjamin halal dan bersih. Sampai sini nanti korang jangan lupa order sushi Ebi Nigiri, Tamago, Ebiko dan banyak lagi lah. Fuhh…

Sumiyakiya, Nagoya

Lokasi: 26-18 Naeshirocho, Mizuho Ward, Nagoya, Aichi 467-0841, Japan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 5 hingga 11.30 malam

No telefon: +81 52-824-7777

Dah kalau dekat Malaysia pun asyik pergi makan steamboat, dekat Jepun nanti mestilah nak ber-steamboat juga kan. Kah! Daging-daging yang disediakan dekat sini ikut proses penyembelihan yang betul mengikut Islam, jadi tiada masalahpun.

Paling popular di Sumiyakiya ialah daging lembu wagyu. Nak nasi briyani? Pun ada dan korang boleh try hidangan Nasi Briyani Bamboo yang memang sedap. Kira wajib singgah kalau dah dekat Tokyo.

Ayam-Ya Okachimachi, Tokyo

Lokasi: Yamada Bldg. 1F, 4-10-1 Taito, Taito-ku, Tokyo

Waktu operasi: Setiap hari, 11.30 pagi hingga 2.30 petang, 5 petang hingga 9 malam

No telefon: +81 3-4360-3672

Tak hairan la kalau jumpa ramai orang Malaysia makan kat sini. Ayam-Ya Okachimachi adalah antara kedai ramen halal yang popular di Jepun. Kalau korang pergi Tokyo, wajib cuba ramen halal dan sedap di sini.

Selain terkenal di kalangan traveller muslim dengan ramennya yang halal dan sedap, ruang kedai Ayam-Ya Okachimachi juga luas kalau nak dibandingkan dengan beberapa kedai ramen halal di sekitar Tokyo. Selesa buat seisi keluarga!

Yamamotoya Okute, Nagoya

Lokasi: 5 Chome-9-2 Okutecho, Chikusa Ward, Nagoya, Aichi 464-0854, Japan

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 pagi hingga 8 malam

No telefon: +81 52-733-7413

Haa.. Tengah cari restoran halal di Nagoya ke tu? Korang boleh singgah makan di Yamamotoya Okute. Terkenal sebagai restoran yang muslim-friendly di Nagoya dengan makanan tempatan Jepun yang halal, iaitu Miso Udon!

Hidangan istimewa di Yamamotoya Okute ialah Miso Nikomi Udon. Popular di kalangan penduduk tempatan di Nagoya. Makanan ni dihidangkan dalam Hot Pot dengan sup Miso dan mee Udon buatan tangan dengan tekstur yang kenyal dan lembut. Serius sedap!

Ada banyak lagi restoran halal dekat Jepun ni tapi nantilah Ohmedia kongsikan lebih lagi. Apapun, jangan lupa note 5 restoran ni dan jika ada plan nak ke Jepun nanti, boleh la cuba semua.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas