Connect with us

Oh! Media

Kalah Puteri Siam, Ini Tips Sewa Baju Tradisional Murah Kalau Ke Wat Arun, Bangkok

wat arun

Oh! Travel

Kalah Puteri Siam, Ini Tips Sewa Baju Tradisional Murah Kalau Ke Wat Arun, Bangkok

Thailand merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Selain ‘mesra poket’, Thailand mempunyai banyak tempat menarik dan makanan halal pun mudah untuk didapati.

ADVERTISEMENT

Kalau nak senaraikan, memang banyak ‘spot’ bergambar best-best dekat Thailand ni kan? Tapi kali ini kami nak fokus kepada kuil tertua di Thailand iaitu Wat Arun.

BACA: Nak Bercuti Tapi Tak Nak Bayar Lebih? Ini Adalah Cara-Cara Masuk Thailand Sambil Membawa Kereta

Seperti perkongsian dua gadis cantik ini, mereka ke Wat Arun menikmati pemandangan seni bina kuil bersejarah itu sambil bergambar memakai pakaian tradisional masyarakat Thailand.

Wat Arun port OOTD wajib singgah di Bangkok

@hannanimakhtar Bangkok Day 1 #bangkok #wataruntemple ♬ original sound – jay

Mesti ada yang nak tahu, mahal ke sewa baju tradisional ini? Tak kena ketuk ke nanti? Ha korang kena tahu tips penting ini untuk memastikan pakaian yang disewa ikut bajet korang.

@hannanimakhtar Replying to @Arisa yang penting cari kedai yang ada air-cond. and girls, sediakan inner siap2. #bangkok #watarun #thailand #iconsiam #asiatique ♬ Love Lee – AKMU (악뮤)

Kongsi Hannani Makhtar, bila dah sampai ke kuil Wat Arun, elakkan menyewa baju yang disediakan di dalam kuil.

Nak lagi murah, pengunjung kena berjalan sedikit ke pintu belakang kuil. Di situ terdapat banyak kedai yang menawarkan sewaan baju ni. Paling best tak ada limit masa tau, boleh bergambar puas-puas!

Percaya tak kitaorang sewa baju ni RM20 sahaja. Kitorang pilih kedai ni sebab hanya 150bath, siap dapat 5 aksesori dan dorang pakaikan lagi.

Menarik bukan? Bagi yang nak berkunjung ke Bangkok, jangan lupa masukkan Wat Arun dalam senarai ‘wajib’ singgah korang.

Seni bina indah dan lokasi strategik

Untuk pengetahuan korang, Wat Arun adalah tempat yang menarik dengan kombinasi keindahan seni bina, kaya dengan kebudayaan serta lokasi yang cantik berunsur keagamaan dan sejarah.

wat arun

Wat Arun mempunyai prang (menara) setinggi kira-kira 70 meter yang dihiasi dengan ribuan keping porselin China yang berkilauan. Prang ini merupakan ikon yang sangat terkenal dan menjadi tarikan utama bagi pelancong.

Lokasi Wat Arun juga strategik iaitu berhampiran dengan Sungai Chao Phraya. Pengunjung yang datang bolehlah tengok pemandangan sungai dan bandar Bangkok dari Wat Arun ni. Memang syok!

Kredit: TikTok Hannani Makhtar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas