Connect with us

Oh! Media

Cuti Sekolah Pergi Mana? Lebih 80,000 Rakyat Malaysia Bawa Keluarga Melancong Ke Thailand

Malaysia cuti ke thailand ohmedia

Oh! Travel

Cuti Sekolah Pergi Mana? Lebih 80,000 Rakyat Malaysia Bawa Keluarga Melancong Ke Thailand

Dah hampir seminggu cuti sekolah berjalan dan memandangkan kita pun berada di akhir tahun, ada ibu bapa yang ambil peluang bawa anak-anak dan keluarga bercuti sebab nak habiskan cuti tahunan yang berbaki.

Itupun kalau ada baki cuti lagi lah, kah! Tapi itulah, banyak juga yang pilih melancong ke Thailand erk!

Kenapa Ohmedia kata rakyat kita banyak masuk Thailand? Ini dapat dilihat dari data yang ditunjukkan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain di mana setakat hari Jumaat, sebanyak 78,301 pelancong masuk ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. Sebanyak 4,379 pula melalui ICQS Kota Putra, Durian Burung di Padang Terap.

IKLAN

Kesesakan luar biasa berlaku di ICQS Bukit Kayu Hitam sejak semalam. Kesesakan ini berlaku disebabkan orang awam ingin menghabiskan masa cuti bersama keluarga (di Thailand).

Destinasi pilihan pengembara ini adalah Hatyai yang menjadi syurga makanan untuk pelancong dari Malaysia yang dikatakan murah dan sedap.

Daripada data ni Ohmedia nak nasihatkan supaya korang yang bercuti tu sentiasa jaga keselamatan dan kesihatan sepanjang berada di negara luar.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas