Connect with us

Oh! Media

Youtuber Automotif, Abang Gan Dijadikan ‘Umpan’ Scammer?

Trending

Youtuber Automotif, Abang Gan Dijadikan ‘Umpan’ Scammer?

Setiap hari kita akan dengar pelbagai jenis scammer yang berjaya ‘mencuri’ duit dengan pelbagai helah dan alasan untuk memperdayakan mangsa.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, terdapat satu posting yang dikongsi seorang pengguna di Facebook mengatakan bahawa seorang youtuber automotif terkenal iaitu Abang Gan menjadi ‘umpan’ kepada scammer. Apa kes ni?

Perkongsian daripada Solehhuddin Shaibi itu mengatakan bahawa terdapat satu page yang dipercayai scammer menggunakan video Abang Gan dan memperdayakan orang ramai untuk membeli produk tersebut.

Memang Abang Gan ada mempromosikan produk tu, tapi scammer ni ambil kesempatan ambil video tu dan turut mempromosikannya di page mereka. Jadi secara tak langsung, orang yang membeli di page itu akan melakukan transaksi ke nombor akaun yang scammer itu beri. Betul kurang ajar!

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna juga turut berkongsi resit transaksi dan mengatakan bahawa dia juga turut terkena.

Saya pun terkena, hurm.

Macam-macam helah! Sanggup gunakan nama orang untuk menipu mangsa. Abang Gan tak salah, yang salah cuma scammer yang gunakan video dia dan memperdayakan orang lain tu. Semoga bertabahlah ya.

Semua orang dinasihatkan supaya semak betul-betul platform atau seller yang menjual sebelum melakukan transaksi ya.

Kredit: Facebook Solehhuddin Shaibi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas