Connect with us

Oh! Media

Warga Pakistan Didakwa Liwat Budak Lelaki 8 Tahun Mengaku Tidak Bersalah

Trending

Warga Pakistan Didakwa Liwat Budak Lelaki 8 Tahun Mengaku Tidak Bersalah

Seorang lelaki warga Pakistan didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang baru saja berusia lapan tahun di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. 

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada petang 27 Mei lepas di ruang tamu sebuah rumah flat di Perai Jaya. Buruh kontrak yang berusia 20 tahun itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa melayu sebentar tadi.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum ini, bapa mangsa membuat laporan polis selepas mangsa menceritakan kejadian itu. Suspek datang ke taman permainan kira-kira jam 2 petang dan bawa mangsa ke rumah sewanya sebelum melakukan perkara terkutuk itu secara paksa.

Mahkamah menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan jurubahasa Urdu dan tidak membenarkan sebarang ikat jamin.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas