Connect with us

Oh! Media

mengemis

Oh! Tidak

Warga Asing Kutip RM8,000 Sebulan Hasil Mengemis OKU Sekitar Johor Bahru

Kita ni cukup sifat kerja macam nak hilang nyawa siang malam pun susah rasanya nak dapat gaji RM8,000 sebulan. Apapun, orang asing ni berjaya buktikan dia dapat jumlah tu dengan jadi OKU di negara ini.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Malaysiagazette, dua pengemis warga asing status OKU itu berjaya mengutip sebanyak RM8,000 dengan cara menyanyi di pasar malam, medan selera dan restoran di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Malangnya, kegiatan macam ni rupa-rupanya diatur orang tempatan kita sendiri…

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar yang melakukan serbuan dalam satu operasi pada 13 Jun lalu.

Hasil serbuan yang dijalankan telah berjaya menahan seorang lelaki dan wanita tempatan berusia 42 dan 53 tahun yang berperanan sebagai transporter pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi pengemis.

Dalam serbuan yang sama, polis turut menyelamatkan dua lelaki warga asing status OKU berusia 44 dan 50 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi pengemis oleh sindiket.

Mangsa yang mengemis terpaksa membayar banyak duit hasil kutipan mereka…

Selepas mangsa sampai di Malaysia dengan masuk secara sah, sindiket akan menguruskan tempat tinggal mangsa dengan memberikan syarat-syarat kerja sebagai pengemis.

Penjaga tersebut juga berperanan sebagai individu yang menguruskan pembayaran sewa rumah di bandar raya ini dan keperluan lain mangsa. Mangsa juga dikehendaki membayar RM10 satu jam kepada ‘transporter’ yang menghantar mereka ke lokasi pengemis.

Mangsa juga perlu membayar sebanyak RM800 seminggu untuk urusan pasport dan wang hasil mengemis berjumlah RM250 hingga RM300 sehari perlu diserahkan kepada penjaga yang membuat kutiap secara mingguan.

Akhirnya, mangsa hanya menerima RM300 sebulan selepas membayar semua kos yang dituntut sindiket. Parah betul!

mengemis

Jap!


Baca respon pembaca di Facebook & Telegram Oh! Media.
Rujukan: MalaysiaGazette


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas