Connect with us

Oh! Media

Wanita Tiba-Tiba Kena Lempang Dengan Housemate, Gara-Gara Memasak Jam 5 Pagi?

Trending

Wanita Tiba-Tiba Kena Lempang Dengan Housemate, Gara-Gara Memasak Jam 5 Pagi?

Di Facebook, seorang wanita berkongsi satu pengalaman perit apabila dia tiba-tiba ‘diserang’ housemate ketika sedang memasak di dapur pada jam 5 pagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Penyewa Tinggalkan Babi Di Rumah Sewa Sejak Jun Sebelum Pindah

Menerusi perkongsian itu, Vestene Wong berkata kejadian berlaku pada Ahad lalu. Dia ketika itu memasak sebagai persiapan untuk hiking bersama rakan-rakan.

Namun, kurang daripada 10 minit berada di dapur, housemate yang tinggal di tingkat bawah rumah sewa itu keluar daripada bilik dan terus menamparnya.

Dakwa Vestene, rakan serumahnya itu berang kerana tidurnya terganggu dan mempersoalkan mengapa dia tidak bawa peralatan memasak di ruang tamu sahaja.

Dia berasa sangat terkejut kerana menyangka dapur boleh digunakan pada bila-bila masa. Tambahan pula, itu merupakan kali pertama dia guna dapur awal pagi. Untuk kepastian dia telah bertanya tuan rumah mengenai hal itu, tuan rumah menyatakan tiada sebarang peraturan ditetapkan.

Wanita ini difahamkan telah membuat laporan polis dan rakan serumahnya datang membawa ubat-ubatan mendakwa dia menghidap anxiety. Namun, dia tidak mempunyai sebarang surat pengesahan daripada doktor.

Rakan serumahnya itu akhirnya meminta maaf selepas dinasihati pihak polis.

Okay saya minta maaf tapi itu hal lain. Saya tahu saya salah tapi dia pun tak bertimbang rasa.

Mendengar kata-kata itu, wanita ini menganggap rakan serumahnya itu tidak ikhlas langsung dan meninggalkan sesi ‘perbincangan’ itu.

Wanita ini bagaimanapun sedar dia perlu bertimbang rasa dan meminta kebenaran untuk guna dapur terlebih dahulu. Tapi rakan serumahnya juga perlu tahu bahawa ini kali pertama dia guna dapur jam 5 pagi.

Malah, rakan serumahnya sendiri yang memilih untuk tinggal di bilik berhadapan dapur daripada awal masuk rumah itu.

Setakat ini, perkongsian di Facebook telah mendapat hampir 5,000 shares. Ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing berhadapan dengan ragam rakan serumah.

Rakaman video dipercayai diambil daripada CCTV yang dipasang di bahagian dapur rumah.

Kredit: Facebook Vestene Wong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas