Connect with us

Oh! Media

Wanita Kesal Baju Bantuan Bersepah Di PPS, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Trending

Wanita Kesal Baju Bantuan Bersepah Di PPS, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Kejadian banjir yang melanda lapan buah negeri baru-baru ini cukup memberikan kesan sehingga barang berharga serta dokumen penting telah rosak akibat lumpur.

ADVERTISEMENT

BACA: “Siapa Nak Makan Semua Ni?” – Lelaki Ini Dedah Isu Lambakan Makanan Di PPS

Kejadian tidak diduga itu menyebabkan mereka yang terjejas tidak sempat menyelamatkan barang keperluan asas seperti pakaian dan terpaksa hidup sehelai sepinggang.

Oleh itu, pelbagai usaha murni masyarakat yang bersatu memberikan sumbangan dari segi pakaian dengan mengumpulkan di kawasan tertentu sebelum di hantar kepada mangsa banjir.

Wanita kesal baju bantuan bersepah, berlonggok di luar PPS

Bagaimanapun, tular pula sebuah kejadian baru-baru ini memaparkan reaksi seorang individu yang kesal terhadap barang bantuan yang disumbangkan kepada mangsa banjir.

Hal itu selepas dia berkongsikan sebuah video memaparkan baju terpakai berlonggok untuk disumbangkan sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, kejadian dikatakan berlaku di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa-mangsa banjir.

Sedih baju bersepah untuk mangsa banjir.

@izaty_rosli

Sedih baju bersepah untuk mangsa banjir. ##banjir2021

♬ suara asli – miegoreng

Berdasarkan video tersebut, baju bantuan itu kelihatan bersepah di luar bilik atas lantai bersama beberapa kotak yang difahamkan turut mengandungi pakaian.

Kalau nak bagi bantuan baju lebih baik dimasukkan dalam plastik dan membuat label. Sangat sedih lihat keadaan baju berlonggok seperti ini.

Perkongsian itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya meminta agar mangsa banjir menghargai sumbangan pakaian tersebut.

Selain itu, terdapat juga beberapa netizen yang turut berkongsi pengalaman yang sama semasa musim banjir yang berlaku pada tahun 2014.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 87,500 jumlah tontonan serta mendapat 4,249 tanda suka.

Kredit: TikTok izaty_rosli I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas