Connect with us

Oh! Media

Wanita Ini Dakwa Kurang Hubungan Intim Dengan Suami, Akui Cari Lelaki Lain Untuk Puaskan NafsuĀ 

Untitled Design   1

Oh! Tidak

Wanita Ini Dakwa Kurang Hubungan Intim Dengan Suami, Akui Cari Lelaki Lain Untuk Puaskan NafsuĀ 

Seorang wanita membuat pendedahan mengakui dia curang dengan suaminya kerana tidak puas dengan hubungan intim di antara mereka.

Menerusi video tular di TikTok, wanita yang hanya dikenali sebagai Wawa berkata dia sangat teruja dan gembira pada awal perkahwinan kerana hubungan yang sudah halal.

Namun, katanya makin lama hubungan intim bersama suami makin tidak seronok malah lelaki itu juga sering menolak kerana penat.

IKLAN

Saya pun ada keinginan macam perempuan lain. Kadang kadang bila kita tinggal sorang tu, nanti mestilah rasa sang*p kan, betul tak?

Tambahnya, kerana keinginan untuk berhubungan intim yang melampau dia mula curang dan melakukan seks dengan lelaki lain.

Bukan itu sahaja, hubungan intim yang pada mulanya dilakukan saja-saja membuatkan dirinya ketagih untuk ā€˜makan luar’.

Sampaikan satu tahap, saya terlepas. Cari orang lain untuk puaskan keinginan nafsu saya. Saya jadi ketagih, bertukar-tukar (lelaki).

Tetapi tegas Wawa, kecurangan dan hubungan seks bersama lelaki lain itu tidak bermakna dia tidak lagi menyayanyi suaminya.

Ujarnya lagi, hubungannya bersama suami tidak berpeluang untuk diubah kerana lelaki berkenaan juga tiada usaha ke arah itu.

Pengakuan Wawa itu menerima pelbagai respon daripada warganet yang meninggalkan komen masing-masing pada posting video berkenaan.

Sesetengah individu menyelarnya kerana menggunakan alasan kurang layanan intim daripada suami untuk berlaku curang.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

šŸš€Ā Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jamĀ 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas