Oh! Tidak
Wanita Gagalkan Cubaan Jenayah Di Tandas Awam Dengan Keberanian Luar Biasa!
Kluang digemparkan dengan kejadian seorang wanita hampir menjadi mangsa rogol di tandas awam Laman Kampung Melayu petang semalam. Namun, keberaniannya berjaya menyelamatkan diri dari menjadi mangsa jenayah tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor, insiden berlaku pada jam 5.20 petang apabila suspek, seorang penganggur berusia 34 tahun, bersembunyi di dalam tandas yang pintunya tertutup.
Semasa mangsa mahu masuk ke tandas, suspek keluar dari persembunyian dan mengunci pintu tandas berkenaan. Suspek cuba merogol tetapi mangsa menggigit tangan dan mencakar muka suspek. Mangsa kemudiannya dapat melarikan diri dan dapatkan bantuan orang awam.- Jelasnya.
Suspek berjaya ditangkap orang awam

Suspek yang cuba melarikan diri akhirnya ditahan oleh orang ramai sebelum polis tiba di lokasi kejadian. Berdasarkan kenyataan pihak polis, suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan tiga rekod berkaitan dadah.
Walaupun ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Majistret Kluang untuk siasatan lanjut. Kejadian ini turut tular di media sosial dengan rakaman yang memaparkan orang ramai membantu menahan suspek.

#OhmediaNasihat
Jenayah boleh berlaku di mana-mana, termasuk tempat awam yang dianggap selamat seperti tandas. Ohmedia ingin mengingatkan korang untuk sentiasa berwaspada, elakkan menggunakan tandas awam di kawasan sunyi.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM