Connect with us

Oh! Media

Wanita Dirakam Ragut Rantai Leher Budak, Sampai Sudah Tak Mengaku

Peragut

Oh! Tidak

Wanita Dirakam Ragut Rantai Leher Budak, Sampai Sudah Tak Mengaku

Tular di TikTok rakaman video memaparkan seorang wanita bertudung disyaki meragut rantai leher kanak-kanak perempuan di Karnival Jom Heboh Shah Alam.

Difahamkan, video rakaman spontan itu dimuat naik oleh ibu saudara kanak-kanak itu sendiri. Ketika itu, dia sedang merakam anak buahnya menonton persembahan Transformers.

Video rakaman ragut rantai

Di belakang kanak-kanak itu, ada seorang wanita mendekati secara perlahan-lahan dan rakaman jelas menunjukkan rantai leher diragut.

IKLAN
Ragut

Tak mengaku dia ambik, putar belit cerita habis. Rantai dia dah past dekat mak dia. Dalam beg takda rantai. Sampai ke balai mak dia tak datang jugak. Call semua tak angkat. Kes dalam proses lagi.. doakan anak buah saya.

Dalam perkembangan lain, keluarga mangsa dipercayai berjaya menahan suspek dengan bantuan polis di situ.

Namun, suspek dipercayai tak mengaku perbuatannya. Malah, barang bukti juga tiada bersamanya membuatkan suspek dibawa ke balai polis.

Ragut rantai

Uih! Berani betul dia buat kerja di siang hari, tengah ramai pula tu. Apa-apa pun semoga masih ada rezeki adik ni untuk dapatkan rantai lehernya kembali.

Kredit: TikTok @_cheykaa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas