Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa Suami Ditembak Polis Melaka Rupanya Kekasih Penjenayah

Ohmedia polis melaka

Oh! Tidak

Wanita Dakwa Suami Ditembak Polis Melaka Rupanya Kekasih Penjenayah

Polis Melaka sahkan wanita dakwa suami ditembak polis sebenarnya kekasih penjenayah dengan rekod jenayah lampau.

Sebelum ini seorang wanita mendakwa suaminya ditembak polis di Durian Tunggal. Kisah itu tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk dakwaan kononnya berlaku salah guna kuasa.

Namun pendedahan terbaharu daripada Polis Melaka mula membuka satu demi satu fakta sebenar. Apa yang didedahkan kali ini memang jauh berbeza daripada apa yang diceritakan sebelum ini.

Polis sahkan status sebenar wanita terbabit

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan wanita berusia 31 tahun itu bukan isteri sah kepada lelaki yang ditembak mati. Sebaliknya, dia merupakan kekasih kepada salah seorang penjenayah terbabit.

IKLAN

Suspek berkenaan sebenarnya mempunyai isteri yang menetap di Johor. Namun, dia tinggal bersama wanita tersebut di Durian Tunggal sejak tiga tahun lalu. Kes ini sekaligus menafikan dakwaan awal wanita itu yang mengatakan suaminya ditembak polis.

Rekod jenayah wanita terbongkar

Siasatan polis turut mendapati wanita itu mempunyai 10 rekod jenayah lampau sejak 2012. Antara kes yang direkodkan termasuk curi kenderaan, samun dan cubaan bunuh.

Wanita itu juga pernah ditangkap di Jasin berkaitan kes samun pada Julai lalu.- Katanya.

Pendedahan ini menguatkan lagi siasatan polis bahawa wanita tersebut bukan sekadar individu biasa yang terlibat secara tidak langsung.

Bapa wanita turut dikehendaki polis

Polis

Polis turut mendedahkan latar belakang bapa kepada wanita berkenaan. Lelaki berusia 55 tahun itu mempunyai 24 rekod jenayah lampau sejak 2022, dengan beberapa kes telah dijatuhi hukuman.

Bapa kepada wanita itu juga mempunyai 24 rekod jenayah lampau sejak 2022, dan beberapa kes dijatuhi hukuman.- Katanya.

Menurut Dzulkhairi, bapa wanita itu kini masih dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes curi kenderaan dan curi dalam bangunan.

Kronologi kejadian tembak menembak

Insiden tembak-menembak berlaku sekitar jam 4.30 pagi di sebuah ladang sawit di Durian Tunggal. Tiga lelaki berusia antara 24 hingga 29 tahun ditembak mati selepas salah seorang daripada mereka melibas parang ke arah anggota polis.

Akibat serangan itu, seorang anggota polis berpangkat koperal berusia awal 30-an cedera parah di lengan kiri. Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat dalam 20 kes jenayah di Melaka serta masing masing satu kes di Negeri Sembilan dan Selangor dengan kerugian dianggarkan RM1.35 juta.

Pssttt! Ohmedia harap korang lebih berhati hati menilai sesuatu dakwaan yang tular di media sosial. Kadang kadang cerita yang disampaikan tak sama langsung dengan kebenaran sebenar.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas