Connect with us

Oh! Media

(Video) “Sorang Ka Tu?” – Pak Guard Selamba Tegur Entiti Tengok TV Di Hospital

Makhluk Halus

Oh! Tidak

(Video) “Sorang Ka Tu?” – Pak Guard Selamba Tegur Entiti Tengok TV Di Hospital

Di TikTok, tular satu rakaman video memaparkan aksi berani pengawal keselamatan (pak guard) menegur satu entiti di sebuah klinik kesihatan.

Dalam rakaman itu, dapat dilihat kotak televisyen sedang terbuka dan satu makhluk dengan bayangan samar-samar duduk di kerusi aluminium klinik.

Pak Guard berani tegur entiti samar-samar

@malaysianupdatenews Video ini dirakam seorang pak guard sebuah klinik kerajaan di Perlis Indera Kayangan yang baru dibuka. Menurut empunya cerita, dia ternampak peti TV terpasang di ruang menunggu klinik berkenaan ketika sedang membuat rondaan. Rupa-rupanya ada penonton.. Tengok cerita apa tu kak? 😖 #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fypシ #videoviral #trending ♬ Horror, suspense, weirdness, ghost, UFO – Zassh

Berdasarkan perkongsian TikTok Malaysian Update News, pak guard tersebut dikatakan ternampak TV terpasang di ruangan menunggu klinik ketika sedang membuat rondaan.

IKLAN

Satgi tutup TV balik na, Assalamualaikum. Cer kalih nak tengok sikit. Pandai dia, tengok sorang ka tu? Takpa satgi tutup balik TV na.

Pak guard dengan berani menegur sambil merakam gelagat ‘makhluk’ yang tak dapat dipastikan kesahihan itu.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen. Ada yang berseloroh memetik dialog dalam filem Hantu Kak Limah di mana Hussin menegur Kak Limah tak menonton Akademi Fantasia.

Entiti

Kredit: TikTok @malaysianupdatenews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas