Oh! Tidak
(Video) “Semoga Tenang Di Sana Kawanku” – Motosikal Terbakar Tak Sempat Elak Kereta U-Turn
Seorang penunggang motosikal maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah kereta yang membuat pusingan U.
Perkara itu dimaklumkan rakan arwah yang berkongsi video rakaman dashcam memaparkan kejadian tersebut di TikTok.
@m.aidil97 Semoga enkau tenang di sana kawanku.
♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Difahamkan, kejadian baru sahaja berlaku malam tadi di Jeram Kuala Selangor. Menurut individu ini, motosikal terbakar 90% dan mangsa tak dapat diselamatkan.



Di ruangan komen, orang ramai tumpang bersedih dengan pemergian penunggang motosikal yang menjadi mangsa disebabkan kecuaian orang lain. Menurut mereka, kawasan itu sangat gelap dan tak sesuai untuk membuat pusingan U.
Apa-apa pun takziah diucapkan buat ahli keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Kredit: TikTok @m.aidil97
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.