Connect with us

Oh! Media

(Video) Pokok Tumbang Timpa Kereta, Ramai Tanya Nak Tuntut Ganti Rugi Dengan Siapa?

Trending

(Video) Pokok Tumbang Timpa Kereta, Ramai Tanya Nak Tuntut Ganti Rugi Dengan Siapa?

Malang tidak berbau. Itulah peribahasa yang dapat digambarkan mengenai satu kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Wangsa Maju.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Rakaman Dashcam Kemalangan Di Lampu Isyarat, Myvi Putih Tak Bersalah!

Menerusi perkongsian yang dibuat saudara Shariff Ismail di laman DashCam Owner Malaysia, dapat dilihat sebuah kereta yang berhenti di lampu merah tiba-tiba dihempap pokok besar.

Kejadian dipercayai berlaku pada 31 Disember lalu pada jam 4.30 petang. Pemilik dashcam yang merekodkan kejadian itu difahamkan dalam perjalanan ke Masjid Usamah Bin Zaid.

Dalam video berdurasi satu minit itu, pokok tumbang dilihat menghempap dua kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kesemua penumpang bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Orang ramai yang terkejut mula mempersoalkan mengenai insiden ini. Mereka tertanya-tanya siapakah yang bertanggungjawab dan dengan siapa tuntutan ganti rugi patut dibuat.

Peguam, Nor Zabetha menerusi hantaran di Facebook pernah memberi penerangan mengenai insiden seperti ini. Beliau memberi contoh situasi dan kes yang dibicarakan di mahkamah.

Kredit: Facebook Shariff Ismail | Nor Zabetha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas