Connect with us

Oh! Media

(Video) Pemilik Suara Asal Nobita 1973 Meninggal Dunia

doraemon

Trending

(Video) Pemilik Suara Asal Nobita 1973 Meninggal Dunia

Siapa kata tak pernah tengok Doraemon dekat TV7 dulu-dulu memang tipu la. Siri animasi popular dari Jepun ini sudah sebati dengan rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia selepas telatah Nobita, kucing robot Doraemon dan kawan-kawan menarik untuk ditonton.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, ada berita sedih dilaporkan dari Jepun apabila pemilik suara asal dan pertama Nobita telahpun meninggal dunia pada usia 89 tahun. Yoshiko Ota ditugaskan untuk membawa watak Nobita sejak tahun 1973 itu mengalami sakit jantung dan menghembuskan nafasnya di hospital Kanagawa.

Yoshiko sebenarnya telah meninggal dunia pada 29 Oktober 2021 dan hanya dihebahkan kepada media pada 8 November lalu.

Suara yang dibawakannya dalam setiap animasi sememangnya akan dingati peminat anime seluruh dunia. Yoshiko turut pernah dianugerahkan Lifetime Achievement Award 2016 dan Tokyo Anime Award Festival di atas kejayaannya menghayati setiap watak.

Kredit: Kompas

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas