Connect with us

Oh! Media

(Video) Kucing Oyen Calarkan Kereta Mewah Jiran, Pemilik Lotus Tuntut Ganti Rugi RM12k

kucing

Trending

(Video) Kucing Oyen Calarkan Kereta Mewah Jiran, Pemilik Lotus Tuntut Ganti Rugi RM12k

Kucing Oyen buat hal apa hari ini? Aduhai Oyen…. Selalunya kita dengar orang akan bergaduh dengan jiran bila kucing jiran berak merata-rata dekat rumah mereka tapi lain pula kes yang viral dekat Thailand ni.

ADVERTISEMENT

Ini apabila seorang pemilik kucing berwarna oren di Thailand berkongsi rakaman CCTV menunjukkan kucingnya itu berkeliaran di luar kawasan rumah dan merosakkan kereta mewah milik jirannya.

Kejadian yang berlaku pada Oktober 2020 itu dikatakan berpunca apabila anak mereka secara tidak sengaja membiarkan kucing peliharaan keluar dari rumah. Pada petang itu jugalah, jiran mereka menghantar rakaman CCTV menunjukkan kucing Oyen duduk di atas kereta mewah jenis Lotus.

Pemilik Lotus dakwa kereta calar dan tuntut ganti rugi

Dengan video itu, dia mendakwa keretanya calar disebabkan kucing berkenaan dan menuntut ganti rugi sebanyak 100,000 Baht atau RM12,791.

@pattarawadeephumipak

ลูกทำแมวหลุดออกจากบ้านขณะเปิดประตูขึ้นรถโรงเรียนและขึ้นรถบ้านข้างๆกัน เค้าไปแจ้งความ ตำราจแจ้งข้อหาปล่อยสัตว์ดุสัตว์ร้ายเที่ยวตามลำพังทำให้ทรัพย์สินผู้อื่นเสียหายคดีขึ้นชั้นศาลคันสีเหลืองเรียกค่าเสียหาย108, 000 บาท บอกว่าเป็นรถหรู ติดสติ๊กเกอร์จึงต้องแพงคันสีดำเป็นป้ายแดง รถเคลือบแด้วอย่างดีในคลิปวีดีโอน้องไม่ได้ข่วนอะไรเลย แต่น้องขึ้นไปนั้งและลงมา เราเจ้าของแมว ไปดูในวันเกิดเหตุ ไม่มีร่องรอยอะไรเลยค่ะ มีแค่รอยเท้าฝุ่น วอนสังคมช่วยเราด้วยค่ะ เราโดนฟ้อง2คดีแมวขึ้นรถ2คัน

♬ เราจะสู้ไปด้วยกัน – หนูดี เฟลอเดอ

Pemilik Oyen rasa bersalah dan pergi periksa dakwaan calar pada badan kereta

Selepas melihat sendiri keadaan kereta terbabit, mereka dapati tiada sebarang calar dan hanya menemui kesan kotoran tapak kaki kucing. Kesian Oyen kena fitnah, huhu.

Selepas kisah ini viral di Thailand, pemilik Lotus terbabit dikatakan tidak jadi menuntut ganti rugi dan meminta maaf atas kesilapannya menuduh kucing peliharaan terbabit.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas