Connect with us

Oh! Media

(Video) Jiran Selamba Buat Pagar Jadi Ampaian, Dah Tegur Pun Tak Jalan!

Trending

(Video) Jiran Selamba Buat Pagar Jadi Ampaian, Dah Tegur Pun Tak Jalan!

Pentingkan diri, itulah perkataan yang boleh digambarkan mengenai perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menjadikan pagar rumah jiran sebagai ampaian.

ADVERTISEMENT

Kejadian yang berlaku di Indonesia ini dikongsi seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan perangai jirannya itu. Katanya, walaupun sudah beberapa kali ditegur, jiran tidak mengendahkannya.

@maulanik

Ya alloh aku punya tetangga kok gini bgt sih btl2udh pernah aku bilang pintu pagar jgn pke jmur.tpi knpa ko gk di anggap omongan ku ini terlalu 😢😢

♬ suara asli – maulanianik

Dalam video berdurasi 31 saat itu, jelas kelihatan jirannya menggantung selimut tebal dan tikar sehingga sukar untuk dia keluar masuk rumah.

Di hantaran lain, dia turut menunjukkan jiran dengan ‘selamba’ menggantung tuala kecil dan kain buruk tanpa rasa bersalah. Macam ni pun ada?

@maulanik

Kira2 lap jemur di pagar dn di pintu pagar pntes gk si padahal tmpat diapun kosong 😢😢😢

♬ suara asli – maulanianik

Di ruangan komen, orang ramai menzahirkan rasa berang dengan sikap keterlaluan jirannya itu. Mereka juga buntu bagaimana untuk menyelesaikan masalah jika teguran tidak dihiraukan.

Apa-apa pun, hidup berjiran sememangnya memerlukan toleransi di antara satu sama lain. Iyalah, kalau ada kecemasan siapa lagi nak hulurkan bantuan kalau bukan jiran tetangga, betul tak?

Kredit: TikTok @maulanik

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas