Connect with us

Oh! Media

(Video) Jenazah 9 Beranak Maut Dalam Kemalangan Selamat Dikebumi Satu Kubur

satu kubur

Trending

(Video) Jenazah 9 Beranak Maut Dalam Kemalangan Selamat Dikebumi Satu Kubur

Sembilan beranak yang maut dalam kemalangan berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuh Raya ELITE, Subang Jaya kelmarin telah selamat dikebumikan dalam satu kubur, hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Terlalu Sayangkan Ibu..” – Faiz Sedih Kehilangan Ibu Dan 8 Beradik Serentak

Menerusi laporan Kosmo, pengebumian kesemua jenazah telah selamat dijalankan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Empat jenazah disahkan positif

Empat daripada sembilan jenazah tersebut telah disahkan positif Covid-19, namun semuanya selamat dikebumikan mengikut turutan bermula dengan Allahyarham Norul Naziah Buyong, ibu kepada lapan orang anak.

Turutan itu diikuti dengan anak sulungnya sehinggalah anak bongsu yang berusia 10 bulan.

Adik Norul Naziah, Nurul Atika mengucapkan rasa syukur kerana urusan pengbumian berjalan dengan lancar atas bantuan dari pelbagai pihak.

Semoga keluarga mangsa kemalangan ini diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan seharian. Salam takziah buat keluarga mangsa.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas