Connect with us

Oh! Media

(Video) Didera Pengasuh, Kanak-Kanak Meraung Dipaksa Makan Cili

Oh! Tidak

(Video) Didera Pengasuh, Kanak-Kanak Meraung Dipaksa Makan Cili

Saban hari, ada saja kes penderaan yang berlaku terhadap kanak-kanak dan perkara ini semakin membimbangkan di negara kita ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Wanita Rambut Pink Dera Budak Dengan Batang Penyapu Buat Netizen Geram!

Ini kerana, perkara ini boleh mendatangkan masalah kesihatan mental dan juga fizikal buat anak-anak yang lemah dan masih kecil itu.

Pengasuh paksa makan cili

Tular satu video di Facebook memaparkan seorang pengasuh yang dilihat sedang mendera seorang anak jagaannya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak.

Menerusi video tersebut dapat dilihat pengasuh berkenaan bertindak kasar dengan memukul kanak-kanak itu ketika waktu makan.

Lebih menggeramkan lagi ialah, kanak-kanak tersebut dipercayai dipaksa untuk menelan cili.

Polis masih belum terima sebarang laporan

Dalam pada itu, menurut satu lagi sumber dikeluarkan Majoriti, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lain memaklumkan bahawa pihaknya masih lagi belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu.

Kredit: Facebook Angle Ng | Majoriti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas