
Oh! Tidak
(Video) “Anak Siapa Entah” – Budak Selamba Panjat Dan Main Atas Kereta Undang Rasa Geram
Oleh
Tular di Twitter video memaparkan aksi seorang kanak-kanak perempuan memanjat sebuah kereta yang diparkir di luar rumah.
Dalam video pendek berdurasi 5 saat itu, kanak-kanak memakai baju ungu dan berseluar putih dilihat berada di atas kereta dan turun melalui cermin hadapan kereta.
Aksi budak panjat kereta
Sebab tu parental control ni penting, jadi macam ni la. Anak siapa entah memandai panjat kereta kakak aku?
— faiz (@faiizaizat) March 14, 2023
So kalau kita suarakan perkara macam ni pun boleh kena maki sebab tak respect anak dia ke? Tanya pic.twitter.com/W4epoIMTHk
Tindakan itu telah mengundang rasa geram adik empunya kereta menyebabkan mereka telah memaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Ibu bapa kanak-kanak itu difahamkan telah memohon maaf.


Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan pengguna Twitter. Ada yang menceritakan pengalaman pernah berhadapan situasi sebegini.
Tak kurang juga yang memuji ibu bapa yang segera meminta maaf dan mengakui kesalahan anak.

Kredit: Twitter faiizaizat
