Connect with us

Oh! Media

Ustazah Kongsi Doa Kuatkan Alat Kelamin Lelaki Di Acara Anjuran Neelofa Undang Perhatian Ramai

Oh! Tidak

Ustazah Kongsi Doa Kuatkan Alat Kelamin Lelaki Di Acara Anjuran Neelofa Undang Perhatian Ramai

Tular satu video menunjukkan pendakwah, Ustazah Norhafizah Musa berkongsi doa dalam satu acara khususnya untuk para wanita undang perhatian ramai.

ADVERTISEMENT

Menerusi X The Mamu, rupanya doa yang dikongsikan Ustazah Norhafizah itu dipercayai untuk alat kelamin suami kuat dan kekal tahan lama.

Bukan tu jer, pendakwah itu juga meminta para wanita yang hadir ketika itu untuk merakam video dan diajar kepada suami nanti.

Rekod jelah, tapi nanti nak ajar suami ye.

Difahamkan, acara tersebut adalah acara anjuran selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa bagi melancarkan produk kesihatan wanita.

Ternyata perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai pengguna X.

Kalau korang tengok ruangan komen, ada segelintir yang meluahkan rasa kurang senang apabila pendakwah tersebut berkongsi doa itu kepada wanita.

Namun, ramai juga yang berpendapat perkongsian doa oleh Norhafizah tersebut tidak menjadi kesalahan sebaliknya satu ilmu baharu untuk dipelajari.

Kredit: X The Mamu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas