Connect with us

Oh! Media

“Tutup Jalan? Ingat Tutup Lubang..” – Netizen ‘Perli’ Lubang Besar Punca JSPT Tutup Jalan

berlubang

Trending

“Tutup Jalan? Ingat Tutup Lubang..” – Netizen ‘Perli’ Lubang Besar Punca JSPT Tutup Jalan

Jalan Kinabalu menghala ke Cheras berdekatan Rumah Persekutuan ditutup harini kerana berlaku kejadian tanah mendap dan lubang besar.

ADVERTISEMENT

BACA: 215 Peniaga Jalanan Telah Disaman Polis Di Seluruh Negara

Menerusi laporan Kosmo, orang ramai perlu menggunakan laluan alternatif lain dan tidak menggunakan laluan yang ditutup ini demi menjaga keselamatan pemandu.

Kenderaan tidak dibenarkan untuk melalui laluan tersebut

lubang

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh, penutupan jalan telah dijalankan oleh pihak JSPT pada jam 10.30 pagi dan semua kenderaan tidak boleh melalui laluan tersebut.

Mendapan tanah telah berlaku menyebabkan jalan berlubang sekali gus boleh mendatangkan risiko kepada pengguna.

Kerja-kerja pembaikan akan dijalankan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dijangka mengambil tempoh masa dua atau tiga hari.

Kita harap pengguna jalan raya tidak menggunakan laluan tersebut dan mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan.

Sarifudin juga meminta orang ramai untuk menggunakan laluan alternatif lain yang disediakan.

Kenderaan dari arah Jalan Maharajalela, Bulatan Sultan Muhammad serta Bulatan Hishamuddin dilencongkan terus ke Jalan Raja Untuk ke pusat bandar atau ke arah utara semula.

Kenderaan dari arah Jalan Parlimen masuk ke Bulatan Dato’ Onn di lencongkan ke Jalan Kuching manakala kenderaan dari Jalan Tun Perak ke Bulatan Dato’ Onn dihalakan terus ke Jalan Parlimen.

Menerusi laman Twitter, ada netizen yang mengatakan lubang tersebut kelihatan seperti ‘mangkuk jamban’ dan ada juga yang memerli tak jadi nak ucap syabas kerana JSPT menutup jalan bukannya lubang, haha.

Apa-apa pun, pandulah kereta dengan selamat. Harap lepasni semua lubang dekat jalan raya tu dibaiki dan tak ada lagi kemalangan yang berlaku disebabkan lubang jalan raya. Harap pihak atasan peka dan ambil perhatian terhadap isu ini.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas