Connect with us

Oh! Media

Dulu Baling Cat Merah, Sekarang Ah Long Baling Ikan Pekasam

Trending

Dulu Baling Cat Merah, Sekarang Ah Long Baling Ikan Pekasam

Selalunya, bila bercakap pasal Ah Long, perkara yang akan kita kaitkan adalah cat merah yang disimbah di rumah individu yang berhutang dengan mereka

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Dedah Taktik Baharu Ah long Kepada Orang Yang Gagal Lunas Hutang

Tapi korang pernah dengar tak Ah Long gunakan objek selain cat sebagai amaran kepada orang yang berhutang? Mesti tak pernah kan?

Ah Long baling ikan pekasam

Itulah yang terjadi kepada seorang ibu tunggal di Thailand selepas kediamannya dipecah masuk oleh orang suruhan Ah Long yang bertindak melempar dan melumur ikan pekasam di kawasan rumahnya.

Memetik laporan Kosmo, Peeyanapa Khondee, 45, yang merupakan mangsa kejadian tersebut kemudiannya membuat laporan di balai polis Bueng Sam Phan.

Menurutnya, rumahnya berbau busuk akibat daripada dipenuhi dengan ikan pekasam yang dilumur orang suruh Ah Long tersebut. 

Tambah Peeyanapa lagi, disebabkan bau yang meloyakan, dia terpaksa membawa keluar katil dan segala peralatan elektrik di rumahnya.

Dalam pada itu, jiran-jiran kepada wanita itu memaklumkan bahawa terdapat sebuah kenderaan Mitsubishi berwarna hitam di hadapan rumah Peeyanapa ketika dia tiada di rumah.

Seorang lelaki kemudiannya, memasuki rumah tersebut sambil membawa beg plastik sebelum berlalu pergi dengan kenderaannya itu.

Peeyanapa yang merupakan ibu kepada tiga anak itu mengakui ancaman daripada kumpulan Ah Long tersebut memaksa dia dan ahli keluarganya untuk tinggal di rumah rakannya buat sementara waktu.

Untuk info, Peeyanapa mengakui bahawa dia ada meminjam wang berjumlah 4,000 baht (RM486.24) dengan bayaran balik sebanyak 200 baht (RM24.31) sehari pada kadar faedah 20 peratus sebulan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas