Connect with us

Oh! Media

Tular Video Anak Kencing Di Dapur Restoran, Pihak Kesihatan Arah Premis Ditutup Serta-Merta

Trending

Tular Video Anak Kencing Di Dapur Restoran, Pihak Kesihatan Arah Premis Ditutup Serta-Merta

Kecoh di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang tukang masak yang mengelap kemaluan anaknya menggunakan tangan sebelum menyambung semula tugasnya sebagai tukang masak.

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Netizen Loya Tengok Tukang Masak Selamba Sambung Masak Lepas Lap Anak Kencing

Video tersebut mendapat respon warganet yang begitu loya melihat keadaan itu sambil mengenangkan nasib pelanggan yang datang makan ke premis berkenaan.

Premis kini diarah tutup

Terbaru, restoran yang beroperasi di sebuah pusat beli belah di Kota Tinggi itu kini telah pun diarahkan untuk tutup dengan serta-merta.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu diumumkan sendiri oleh Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon yang memaklumkan bahawa tindakan itu dibuat Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi susulan siasatan yang dijalankan di premis berkenaan.

Hasil siasatan mendapati premis disewakan kepada warga asing. Kesemua empat pengendali makanan terbabit didapati tidak mempunyai Sijil Latihan Pengendali Makanan serta seorang daripada mereka tidak mempunyai suntikan Typhoid.

Kompaun juga turut dikeluarkan ke atas pemilik premis kerana gagal memastikan premis di dalam keadaan baik dan bersih di bawah Peraturan 11(1), dibaca bersama Peraturan 15(1) kerana tidak mendaftarkan premis di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Bukan itu sahaja, premis tersebut juga dikesan mempunyai kesalahan lain seperti berlakunya pencemaran di tempat penyimpanan makanan selain lantai premis kotor yang tidak dibersihkan.

Penyimpanan makanan yang tidak bersih juga dikesan di premis ini. Terdapat talang telur yang berada di tempat penyediaan makanan dan telur-telur yang tidak dicuci sebelum digunakan.

Tempat mencuci tangan juga tidak dilengkapi dengan sabun cecair dan pengering tangan atau tuala pakai buang. Menggunakan tong sampah yang tidak dibersihkan, kotor dan tidak bertutup.

Untuk info, arahan penutupan yang dikenakan ke atas premis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Makanan 1983 serta Arahan Pembersihan bi bawah Seksyen 10(1) Akta Makanan 1983.

Kredit: Instagram | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas