Connect with us

Oh! Media

Tular Lori Pasir Terlajak Turun Bukit Sebab Brek Tak Fungsi, Tapi Benda Lain Pula Kantoi?

Trending

Tular Lori Pasir Terlajak Turun Bukit Sebab Brek Tak Fungsi, Tapi Benda Lain Pula Kantoi?

Semalam tular di media sosial satu video menunjukkan sebuah lori pasir terlajak keluar dari laluan sebelum turun bukit dan merempuh tiga buah kenderaan.

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Video Pemandu Treler Rempuh 3 Kereta, Bukan Mabuk Tapi Kena Serangan Jantung?

Kejadian berlaku di parkir rumah kedai Sri Bayu, Taman Putra, Ampang ketika lori yang dipandu lelaki berusia 39 tahun itu dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Ampang semalam.

@che_ja #seramweii #lori ♬ bunyi asal – che_ja

Menurut laporan Harian Metro, lori tersebut dipercayai hilang fungsi brek ketika nak berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Kemalangan itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan pemandu dan juga orang awam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Berikutan kejadian, pemandu lori dibawa ke Balai Trafik Ampang Jaya untuk pemeriksaan lanjut.

Benda lain pula kantoi

Bagaimanapun, pemandu tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine setelah saringan air kencing dibuat. Bukan tu jer, dia juga mempunyai dua rekod jenayah sebelum ini.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Terlajak sebab brek tak fungsi tu okay dah, tapi kantoi pulak positif dadah. Kah!

Kredit: Harian Metro | Tiktok @che_ja

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas